Monday, 29 February 2016

Kenapa Tidak Baik Menggunakan Minyak Masak Berulang Kali?

Salam,

Ada banyak jenis minyak masak terdiri dari minyak kacang soya, minyak jagung, minyak canola, minyak zaitun dan semestinya kalau di Malaysia yang paling popular adalah minyak dari kelapa sawit. Oleh  itu, post kali ni menjurus kepada minyak kelapa sawit sahaja.

Mari kita lihat kandungan kelapa sawit terlebih dahulu yang mengandungi palmitik asid (44-45%),oleic acid (39-40%) dan linoleic asid (10-11%). Disebabkan komposisi kandungan palmitik dan oleik yang seimbang serta linoleic acid yang rendah, minyak kelapa sawit adalah sangat stabil. Tambahan pula minyak kelapa sawit mempunya kadar Vitamin E dan beta karotene yang tinggi berbanding minyak-minyak yang lain...Jadi bolehla makan minyak kelapa sawit banyak2 kan....haaaa....TUNGGU DULU...minyak yang anda guna tu adalah RBD palm oil ...cer tengok label kat tong plastik minyak tu baik2...RBD maksudnya REFINED, DEODORIZED and BLEACHED.

Minyak RBD telah ditapis..dan orang Malaysia tak suka bau kelapa sawit kot...sudah dinyahbau..dan satu lagi orang Malaysia tak suka makanan digoreng bertukar warna oren kan...sebenarnya minyak kelapa sawit tu ada bau tersendiri dan berwarna oren macam lobak merah tu..Setelah proses RBD (korang takyah tanyalah camne,kang aku tulis panjang2 pon korang kata terlalu teknikal)..jadilah minyak masak yang selalu korang guna tu dan komposisi nutrient dalam minyak kelapa sawit pon sudah berkurangan...sob sob sob

Korang tau tak kat Afrika tu diorang perah sendiri kelapa sawit tu,,pastu makan minyak tu secara semulajadi..agaknya tu yang tulang diorang kuat kot... Dr Oz pon kata Red Palm Olein adalah sangat bangus untuk melambatkan proses penuaan..itu kalau korang makan yang warna merah tu la ye... (macam carotino tu)...

OK..apa yang terjadi setelah minyak masak digoreng?Dekomposisi atau penguraian yang bergantung kepada tempoh memasak,bahan yang dimasak,komposisi minyak dan penambahan minyak baru (sekiranya ada)...huh,dah mula pening ke?hehehe....Pendek cerita, lagi banyak kali digoreng, lagi bertambah rendah kualiti minyak..disebabkan perubahan kimia pada minyak itu...dan pertambahan radikal bebas (penyebab kanser).Selain itu, terdapat  penghasilan acrylamide apabila makanan  (contohnya kentang goreng) digoreng pada suhu yang tinggi. Ada kajian menunjukkan lebih tinggi suhu minyak,lebik banyak jumlah acrylamide yang dihasilkan.Acrylamide merupakan bahan neurotosik,genotosik dan karsinogenik pada haiwan dan kemungkinan besar diklasifikasikan sebagai karsinogen (penyebab kanser) kepada manusia.Dan yang selalu diwar-warkan selalu berkait rapat dengan penyakit kardiovaskular...kalau minyak yang banyak radikal bebas lagi tinggilah risiko utntuk penyakit2 sedemikian.

Ada banyak cara untuk mengetahui kualiti minyak..iaitu paras FFA, IV,AV,PV ..alaaa......macam boleh buat pon test tu kat umah kan...hahaha....korang pandai2 la..jangan guna banyak kali sangat 5-8 kali pon kira oklah kot...lagipun guna banyak kali nanti benda digoreng tu tak cantik dan rasa tengik. Mungkin boleh asingkan minyak yang untuk goreng/ayam/ikan dan berempah sebab minyak macam ni selalu rosak lebih cepat,minyak ni korang recycle la sikit je...cam 3-4 kali je...pastu minyak lain untuk goreng cekodok/keropok/kuih muih bolehla recycle banyak kali sikit...

Alahai..nak senang, kurang2kan lah makanan bergoreng tu...kan...

Sekian, pilihan di tangan anda..buatlah pilihan yang bijak..

Note: Semua di atas fakta saintifik dan dari pengalaman peribadi penulis. Kalau tersalah fakta acik tak bertanggungjawab..