Wednesday 16 January 2013

Kenapa Ada Pelbagai Jenis Tepung Gandum Kat Pasaran?

Salam,

Kenapa ada pelbagai jenis tepung GANDUM kat pasaran? Adakah anda perasan terdapat pelbagai jenis tepung di pasaran contohnya tepung GANDUM serbaguna, tepung naik sendiri, tepung kek, tepung pau, tepung roti dll? Adakah anda tahu perbezaanya? Beza yang paling ketara adalah pada kandungan PROTEIN. Uniknya di dalam gandum terdapat gluten (sejenis protein). Gluten ini hanya akan berfungsi sekiranya ada air dan tenaga (contohnya: bila tambah air dan uli iaitu tenaga, barulah doh yang visco-elastik akan terbentuk).


Tepung Kek- tepung ber protein rendah (~8-9% protein), sesuai untuk kek dan biskut
atau kadangkala Tepung Halus/Superfine - tepung ni dipisahkan melalui pengasingan udara supaya hanya partikel halus digunakan (yang bagus untuk pembuatan kek) tetapi ada yang chlorinated maknanya disalurkan gas klorin kepada tepung dulu supaya tepung itu dapat menampung lebih banyak cecair (telur,minyak etc)....sangat tidak bagus untuk kesihatan

Tepung Serbaguna- tepung berprotein sederhana (~10% protein), sesuai untuk cekodok, tepung salut untuk goreng gorengan, kuih muih dan roti canai- Paling banyak di pasaran

Tepung Serbaguna selalunya dibahagi kepada 2 kategori - Kualiti lebih kurang sama je-
1)Tepung bersubsidi (harga murah)
2)Tepung Diperkaya (dengan vitamin) - harga normal

Nota: Kebanyakan tepung serbaguna dan tepung pau mengandungi benzoyl peroxide (agen peluntur) untuk memutihkan tepung--tak bagus untuk kesihatan

Tepung Protein Tinggi- (~12% protein) sesuai untuk roti

TAPI semua tepung ni adalah tepung putih iaitu hanya kanji je yang tingggal, kulit luarnya yang banyak serat dan vitamin telah dibuang ----sangat tidak sihat dan menyumbang kepada kegemukan. Oleh itu, PILIHAN YANG LEBIH SIHAT adalah TEPUNG GANDUM PENUH atau TEPUNG ATTA.

APA kata kita cuba lakukan perubahan, kalau tak boleh tukar sepenuhnya, cubalah tukar separuh2 dulu..Maknanya bila membancuh cekodok tu pakai tepung gandum putih tapi cubalah tukarkan 20-30% tepung gandum tu dengan tepung atta....pastu kalau buat goreng gorengan apa kata cuba juga tukarkan sedikit porsinya dengan tepung gandum...sedikit perubahan lebih baik daripada tak berubah langsung!

Nota: Walaupun Kerajaan Malaysia mengawal jumlah bahan kimia yang ditambah ke dalam tepung gandum dan semua bahan kimia yang digunakan adalah dibenarkan dalam Akta Makanan, anda fikir adakah anda mahu memilih tepung yang mempunyai bahan kimia?

Buatlah PILIHAN BIJAK...Makanlah Secara Sihat...Untuk Tubuh Badan Yang Lebih Sihat,,Semoga perkongisan ini bermanfaat untuk anda semua..

Wassalam...